Tuesday, May 17, 2016

Jakarta-Bandung Apr2016


Assalamualaikum.
안녕하새요
Bonjour

haritu check balance account bank, terus menjerit "Ibuuuu, nak beli tiket balik kampung seberang. pleaseeee" merayu tahap ape ntah. Padahal baru je balik dari Jakarta bulan lepas tengok sepupu kahwin plus jalan2 ke Bandung. Wahh, best gilas wa cakap sama lu. Ngomong nya juga udah kayak orang Indonesia. Permisi Pak. ehehe
.
Aku pulak dipanggil Wanita Jomblo kalau disana. Kalau menurut kamus dewan bahasa jawa malaysia, Jomblo tu macam bodoh bangang *maaf ayat kasar* gitu la. Sedih je 'stuck' dengan perkataan Jomblo tu. Tak tahu nak berperasaan macam mana. berserah ajelah.

okeyh, Journey To Jakarta plus Bandung haritu aku pergi sendirian tanpa teman. Sesampai aje di Airport a.k.a Bandara, sebelum keluar imigresen, aku blur. "Mana jalan keluar ni?" Beranikan diri tanya kat pegawai bertugas, sekali dia berpaling HENSEM NAK MAM!! omegash! Terus lidah jadi kelu, dari bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, jadi Bahasa Indonesia, sungguh aku blurr. Okey, lepas daripada dilemma tu, aku berjaya jugak keluar, bajet macam shooting AADC time Cinta kejar Rangga tuh. dangg tak boleh belah. Lagi sekali aku gempar. Nak telefon tak boleh, public phone takde, Internet Wifi tak dapat. Sungguh aku frust menonggeng. Dekat setengah jam jugaklah. Akhirnya aku redha je nak pergi beli simkad local, Alhamdulillah, sepupu aku sampai. Sumpah nak nangis. Rasa macam nak ambil tiket flight balik je masa tu.. haha *dramatik*

Sepupu nikah hari Khamis, resepsi hari Sabtu. *jangan tanya kenapa jauh sangat jarak harinya*. Aku dah tau dah adat diorang kalau ada majlis kahwin, pakaian dia mak oiiiihh, kalah Mak Cun habak hang! Mengerlip labuci sequine kejadah tu semua. Sekali hari resepsi tu, aku dan makcik yang lain diberi sepersalinan baju ghuper itu *yang dimana aku boleh bawak balik and jadikan khazanah dalam almari*. Maka marilah kita berhuhuhu ke pagi. Plus makeup. Aku berdoa Ya Allah, ampunkanlah dosa aku memakai baju ketat ini.. Kalau body cantik takpe dik nun. Ahaks!

Hari Ahad, shopping sikit teman makcik pakcik aku yang dah nak balik Malaysia, hantar ke airport. Syok woo, hantar orang pg airport balik ke negara sendiri. *eh, peliklah kau*.

Hari Isnin pepagi aku bertolak pg Bandung dengan Ulia and Taufik. Siblings who are my cousins. Yang sanggup cuti kerja tambahan sebab layan kerenah minah malaysia ni nak jenjalan ke Bandung. haha Thanks guys!
Bagi aku Bandung seronok gilas. Kira macam healing lepas 5 hari stuck kat jakarta yang macet banget tu! omegash, bukan jiwa iolls. Dan, tak cukup hari pergi Bandung 2 hari je. Tolak perjalanan *naik mobil hokeh* dengan nak balik Jakarta, kejar flight pulak. kira macam 24 hours je kat sana sebenarnya. tapi sungguh puas hati! Fefeeling back to nature si Taufik bawak aku jelajah ke mana2 ntah, Tak reti aku nak namakan.. hoho..

Rasa2 ni jalan dua hala ke sehala guys? Dua hala okeyh, sempit gini. #Extreme #Adventurous 
Pokoknya aku harus kembali lagi ke Bandung untuk mengutip sisa sisa yang masih berbaki untuk menampal di ruangan kosong jiwaku. *puitis ala2 AADC pulak* #demamAADC2



with love.


뼝 - ppyong!!

Thursday, February 7, 2013

Part Timer and Full Timer. I Can Do Both.


Assalamualaikum.
안녕하새요
Bonjour


eloklah semester 5 pun dah habiskan. Dya mulekan cuti sem 5 dengan bergolek2 dengan katil kat kampung selama seminggu and i'm back in SHAH ALAM *sedih*.. tapi apakan daya, kerja banyak katenye. tapi tak sampai seminggu balik shah alam, ada offer kerja part time kat butik Aisy Butik Muslimah kat seksyen 7 baru tu... ehem! Dya tukar konsep. Muslimah dah sekarang. hehe Aamiin, harap2lah gitulah hendaknya (ntah bile lah kan)



Owner tu tak nak diexpose nama so kita diam2kan ajelah. baik akak tu. sweet and awet mude. i like! dengan Dya ada lagi sorang fulltimer nama dy Farah. Alhamdulillah kerja kat situ ok setakat ni. bos pun rileks, cool je. ecehh.. hari ni masuk 3hari dah kerja kat situ. minggu ni full seminggu kerja. tapi start minggu depan Dya kerja 4 hari je. so, kalau nak carik Dya kat situ pergi hari Khamis sampai Ahad je tau. hari lain Dya nak g Dating! *dengan katil* #foreveralone katenye kan.. 
so bile dah bercuti tu, ingat2 lah bawak Dya g jalan2 ke dating ke, okeh. :) *high5*

so FYI, part time is for my Job and full time is for my study. yup. another semester to take off. hoping for the best and bestest.. *dah habis best dah tu* akhirnya, Dya sudah menjejakkan kaki ke tahap ini. Alhamdulillah. ini semua berkat doa Family ku.. Ya Allah rasa lama sangat nak habiskan belajar ni. tak sabar2 pulak nak habis bulan7 ni. hihi. doakan yg terbaik untuk Dya ok. :)

bos pulak baik sgt, suruh Dya kerja kat situ lagi bila dah habis study nanti. hai, akak dah sukekan sy. habislah~ teeheeXD
psst, td dpt pujian dr customer. Aamiin.. bukan nak berlagak. tapi hanya tu yang Dya mampu buat. yelah customer kan. kenalah layan. tak kisah sgt pun. dari Dya tak buat ape2 langsung kan. hehe. kirenye kalau ada staff of the month, Dya boleh dpt title dah ni. *berangan*..
hisyh. cukup2lah tu berangan. tak ke mana. sudahnya terperuk kat shah alam ni jugak. :)

ok. hari ni sampai sini saja. lain kali Dya update lagi.. *sejak bile Dya mintak izin nak blah?* kui3




with love.


뼝 - ppyong!!